Tuesday 22 May 2012

PAKATAN SELANGOR AKAN JADIKAN SELANGOR SEBUAH SYARIKAT KORPORAT !!!

Tak keterlaluan kalau aku katakan Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini adalah Kerajaan Materialistik !

Apa sahaja akan dijadikan business option kepada mereka. Walaupun mereka perlu risikokan rakyat, itu semua tidak penting asalkan sahaja poket mereka penuh. Banyak contoh-contoh yang pernah berlaku sebelum ini.

Rakyat Selangor tidak akan lupa insiden April lalu yang mana sebanyak 29 gerai ibu tunggal di Seksyen 24, Shah Alam yang dirobohkan walaupun tanah tapak perniagaan tersebut dianugerahkan oleh Sultan Selangor.

Manakala di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya pula, bagi mendapatkan dan menukarkan tanah rizab melayu kepada tanah pembangunan kondo, Elizabeth Wong dapat makan upah RM 2 juta !

Itu antara penindasan kepada golongan Melayu yang dilakukan Pakatan Haram Selangor ! Namun, isu yang paling besar bagi rakyat Selangor keseluruhannya adalah sebenarnya isu air.

Dijangkakan air di Selangor akan habis pada 2014 ! Ada Kerajaan Selangor peduli ???

Malah agak menggelikan hati bila Xavier ajak rakyat Selangor hidup dalam zaman purba dengan menadah air hujan. Lupakah mereka bahawa kawasan tadahan hujan telah mereka ambil dengan rakus untuk pembangunan projek memenuhkan kantung mereka ???

Mungkin lepas ni rakyat Selangor kena beli besen besar untuk tadah hujan dan yang tinggal di flat-flat, apartment dan kondo kena la pandai-pandai sendiri macam mana nak tadah air hujan.

Yang duduk dekat kawasan sungai tu, boleh la guna air Sungai Klang !

Mengikut KETTHA, air di Selangor akan kehabisan pada 2014, dan selepas itu maka, air akan dicatukan. Masihkah penduduk Selangor ingat lagi tahun 1998 dimana air dicatu dan kebetulan masa itu adalah musim komenwell ???

Aku tak akan lupa kerana masa tu aku di Cheras tinggal di tingkat 3. Bayangkan mengangkut air ke tingkat 3 dan turun naik tangga. Mahukah rakyat Selangor ulangi semua ni ???

Dek kerana kedegilan Kerajaan Pakatan Selangor dalam kerjasama projek Langat 2, maka seluruh rakyat Selangor akan menanggung natijahnya.

Ini pula ulasan dari Dato' Sri Noh Omar;

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Beliau berkata sebagai contoh kerajaan Selangor lebih berminat terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air, sungguhpun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu bekalan air untuk rakyat kini berada pada tahap kritikal.

"Mereka sibuk dengan penstrukturan semula tetapi rizab air pada 2.4 peratus sahaja, bila penstrukturan semula siap bekalan air untuk rakyat habis, jadi buat apa buat penstrukturan semula?

"Kerajaan pusat sedia hendak bina loji air Hulu Langat 2 berharga RM3.6 bilion untuk selesaikan isu air ini tetapi kerajaan Selangor tidak mahu... mungkin kerana projek itu tidak beri keuntungan wang ringgit," katanya kepada pemberita di Batang Kali di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia berbentuk tilam dan dapur gas kepada 870 keluarga di kawasan Batang Kali dan Serendah yang terlibat dalam banjir kilat pada 7 Mei lepas.

Hadir sama Anggota Parlimen Hulu Langat P Kamalanathan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Noh berkata selain isu air, kenaikan cukai pintu juga merupakan bukti betapa kerajaan Selangor mementingkan wang ringgit tanpa mengutamakan kepentingan rakyat.

"Dalam menifesto pada pilihan raya lepas mereka kata nak turunkan cukai pintu 20 peratus, tetapi baru-baru ini di beberapa kawasan antaranya Taman Ampang Pecah kadar cukai pintu naik. Jika nak naik (cukai pintu) perkhidmatan semakin bagus tidak mengapa.

"Tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan seperti pungutan sampah timbul macam-macam masalah. Tidak kah ini menunjukkan bahawa kadar cukai pintu naik adalah untuk kepentingan wang ringgit sahaja?," soal beliau.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??